GOMBAK 10 Dis. - Seramai 50 orang usahawan CNI dari sekitar kawasan Gombak telah menubuhkan sebuah koperasi berasaskan perkhidmatan baru-baru ini. Koperasi yang akan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan bagi faedah dan kepentingan ekonomi para anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi ini dinamakan Koperasi Jaringan Usahawan Gombak Berhad atau ringkasnya Kojaring.
Timbalan Pengerusinya, Pn. Rohaidah Ramli berkata, hasrat menubuhkan koperasi ini sudah lama difikirkan bagi membantu para usahawan kecil mendapat lebih banyak ruang dan peluang memajukan diri dan perniagaan mereka.
"Melalui kerjasama setiap anggota, kita dapat mengembeling dana modal, tenaga dan masa menjayakan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh menjana keuntungan yang boleh diagih-agihkan," ujar beliau.
Rabu, 9 Disember 2009
Langgan:
Ulasan (Atom)