GOMBAK, 23 Okt. - CNI akan merayakan ulangtahunya yang ke-20 di Arena of Stars, Genting Highlands selama 3 hari 2 malam bermula Sabtu depan, 31 Oktober hingga Isnin, 2 November. Seramai 6,000 usahawan CNI yang mendapat jemputan khas akan berada di sana meraikan pencapai-pencapai yang luar biasa.
Berpuluh-puluh buah bas disediakan untuk mengangkut usahawan ke puncak Genting bermula jam 8.00 pagi hari Sabtu. Memang luar biasa!
Jumaat, 23 Oktober 2009
Sabtu, 10 Oktober 2009
Jemputan Ke-Majlis Sambutan Aidil Fitri 2009 - Bestnya Raya
GOMBAK 11 Okt. - Satu majlis sambutan Aidil Fitri 2009 bertemakan Bestnya Raya akan berlangsung di Stokis CNI Batu Caves, Taman Samudera pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009 bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 malam.
Majlis ini diadakan untuk meraikan kaum kerabat, saudara-mara, jiran-jiran, para pelanggan, usahawan-usahawan serta rakan-rakan kongsi perniagaan.
Menurut Pengendali Stokis CNI Batu Caves, Pn. Rohaidah Ramli, tujuan acara ini adalah untuk mengeratkan tali siraturrahim serta menghargai kehadiran para jemputan. Di antara acara yang disusun, katanya, termasuklah ucapan oleh pengarah syarikat CNI, game show dan hiburan oleh artis-artis jemputan.
"Pada malam itu, kita akan memberi hadiah kepada 4 orang hadirin yang terpilih memenangi pakaian teranggun dan tersegak untuk kategori dewasa dan kanak-kanak, lelaki dan perempuan", tambah beliau. Selain daripada itu, difahamkan buah tangan istimewa juga akan diberikan kepada kanak-kanak di bawah 15 tahun.
Majlis yang diadakan setiap tahun ini dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang dibentuk oleh pemimpin-pemimpin usahawan sekitar Gombak. Mereka mengalu-alukan kehadiran semua pelanggan, sanak-saudara , sahabat handai serta sesiapa saja ke majlis rumah terbuka ini. "Datang! Jangan tak datang!", ujar mereka lagi.

Khamis, 1 Oktober 2009
muslim sejati
Sudah 14 syawal, bermakna kita menyambut hari raya yang ke 15 esok. Suasana hari raya masih terasa. kegembiraan anak2 masih jelas ketara dengan menziarahi rumah ke rumah apabila ada masa terluangnya. Rumah2 terbuka juga makin banyak kedengaran sampai ditelinga kita. Hari raya sebulan kata semua orang termasuk saya. Dalam rancangan TV juga masih ada sisa2 nya walau tidak sekerap mula raya. Mereka yang berkerja juga tidak melepaskan peluang bila tiba hujung minggu untuk meziarahi kawan-kawan. Persoalaannya kenapa pada bulan syawal sahaja kita berkunjung kerumah mereka dan tidak pada bulan-bulan lain?
Kemaafan dan silatulrahim harus kita jalinkan bukan hanya apabila tiba bulan syawal sahaja, tapi haruslah sepanjang hidup kita, bererti menziarahi mereka dan mengeratkan persaudaraan adalah menjadi tanggungjawab kita pada bila-bila masa. Cuba kita renungkan,Seorang muslim itu adalah bersaudara. Persaudaraan adalah menjadi tunggak seorang muslim. jika tiada persaudaraan maka mungkinkah kita muslim? Jika bukan muslim amal ibadat kita diterimakah olehNYA? Disini kami memohon kepada semua saudara2 kami yang yang mungkin kami kurang kenali atau tidak pernah bertemu langsung supaya dapat berhubung kembali agar persaudaraan kita dapat terjalin kembali sepertimana yang dituntut sebagai seorang MUSLIM yang sempurna. Akhirnya kami memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali kami dan terimalah ucapan selamat hari raya..

Diari Aksi (1/10/2009 - 7/10/2009)
Jumaat 2/10/2009, belum tahu lagi Hakim balik rumah atau tidak. Dia tak ada call sampai sekarang. Itu hari dia ada inform untuk stay back kat hostel dan buat final preparation for PMR which is around the corner, next week only. Kalau dia tak balik, mungkin kami visit dia on Sunday.
Hari Sabtu, 3/10/2009, kami akan hadir Majlis Graduasi Sekolah Menengah Teknik Kajang. Syafiq selesai belajar di SMT selama 2 tahun dan akan sit for SPM exam bulan depan.
So far, prestasi dia average saja. Alhamdulillah, dia dapat kuasai beberapa subjek termasuk add maths, mod maths, technical drawing dan physics. Dia kena tumpu lebih sikit pada chemistry dan mechanical engineering studies, dan pulun subjek-subject bonus seperti b.m., p.a.i, b.i. dan sejarah.
Sama-samalah kita doakan semoga dia dapat do well in the final exam bagi memenuhi impian dia masuk IPTA untuk buat mechanical engineering.
Rabu 7/10/2009, pada mulanya kami nak buat open house Hari Raya sebelah malam, antara 8.00 p.m. - 12.00 p.m. Due to several factors, kami tukar tarikh kepada Hari Sabtu 17/10/2009 bersamaan 1 Deepavali 2009. Rasanya Along Nona pun ada balik cuti pada masa itu. Kalau ada changes nanti akan kami inform kemudian.
Itu sajalah Diari Aksi minggu ini. Kalau ada apa-apa info yang nak dikongsi, sila update di blog ini.

Langgan:
Ulasan (Atom)