Isnin, 28 September 2009

Visit Oleh Orang Sabah

Semalam 28/9/09 jam 2.30 petang hujan lebat di Gombak. Tak lama kemudian 5 orang meluru masuk ke kedai kami di Taman Samudera. Tak terkejut sebab mereka dah inform nak datang.

Pak Lang Harun, Hana, Hibri, Syafiqa dan kawan Hana (Hasan?). Kami berborak panjang, sekitar 1 jam di dalam kedai, sambil makan moist cake dan minum kopi ginseng. Tak bawak mereka ke rumah sebab Kak Ida mula puasa enam dan sedaranya pula nak datang pada masa yang sama. Ajak mereka makan tengahari kat restoren tapi mereka kata baru saja lunch kat KL.

Terkejut tengok Syafiqah yang besar, tinggi.... berbanding Hana. Check up dia di IJN khabarnya o.k. Harap dia recover sepenuhnya.

Kereta Hana robek sikit bumpernya. Katanya terlanggar bonggol, tak tau pulak siapa yang bawak. Mungkin dah repair kat Batu Caves sebelum mereka bertolak ke rumah Pak Ngah di Ampang.

Hibri ada ura-ura nak join direct-selling DCHL yang promote aromatheraphy. Yuran jadi ahli sekitar RM2,000 (mak oi mahal eh!). Dah kasi taklimt kat dia tentang program syarikat itu yang mirip skim piramid. Dalilnya : (1) Yuran keahlian LEBIH daripada RM100 (2) Produk WAJIB ambil semasa sign-up jadi ahli. (3) Orang bawah TAK BOLEH potong orang atas (4) Income berdasarkan penajaan ahli baru dan BUKAN pergerakan produk. Program seumpamanya ialah Hai-O yang pakai loan bank (untuk modal besar, macam Shakley buat satu masa dulu). Inilah dia SKIM CEPAT KAYA. Tapi, Hibri janji nak bawak orang tu jumpa kami sebelum dia buat decision. taulah kami belasah nanti.....

Pak Lang Harun ada tanya bila kami nak ke Kota Kinabalu. Insya Allah, satu masa nanti akan sampai juga ke sana. La ni ada banyak kerja sikit, lagi pun kami sedang fight untuk besarkan group di Pahang dan Selangor. Nanti bila Busu Halim re-join CNI, lagi banyaklah kerja nak buat. Hana pun janji nak gerak balik CNI di Putrajaya.

Pertemuan singkat ini sungguh seronok dan bermakna. Selamat berangkat pulang dan kirim salam kat Kak Naemah di KK.

Ahad, 27 September 2009

salam syawal

assalammualaikum..

salam aidilfitri, terima kasih kepada semua keluarga yang telah menghadirkan diri pada jamuan
hari raya di Ampang pada Jumaat 25 september 2009. ianya sungguh meriah dan amat bermakna pada semua setelah sekian lama tidak dapat berkumpul bersama-sama. walaupun masih ada yang tidak dapat bersama mungkin kerana sibuk dengan tugas masing2 tetapi yang pasti pertemuan kali ini dianggap berjaya menyambung kembali silaturrahim antara kita semua yang lama terpisah.

pada pertemuan kali ini terlalu banyak cerita yang ingin kita semua kongsi bersama. hingga kita lupa masa terus berlalu..terlalu cepat rasanya waktu berjalan hingga tanpa disedari jam telah menunjukkan angka 3 pagi... seolah masa begitu mencemburui kita..

semoga pertemuan ini tidak berakhir di sini... dan diharap pada masa2 akan datang kita dapat meraikan bukan saja syawal tapi apa saja aktiviti2 keluarga bersama-sama. syukur kepada Allah SWT kerana menemukan kita pada syawal yang mulia ini....

akhir kata salam sayang untuk semua sanak saudara walau di mana saja berada...

syawal 2009..setelah beberapa tahun berlalu, akhirnya syawal ini kita dapat menyambutnya bersama.dah besar rupanyer anak2 sedaraku. yang boys tambah handsome...ni yang anak dara tiang para ni makin glamer gitu...walau apapun, makcik harap cucu2 awa yang hot ni menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara..begitu juga pada anak2 sedara makcik yang lain. makcik doakan korang semua berjaya dalam hidup masing2...

Seminggu Syawal berlalu.....

Selamat kembali semula kepada semua yang balik kepusat pengajian masing-masing. Khasnya kepada ahli-ahli dan penyumbang laman blogs ini , teruskan perjuangan kamu semua. Kepada yang akan menduduki peperiksaan penting, buat yang terbaik. Kepada yang kembali bertugas, teruskan usaha anda semua. Semoga sukses selalu.

Sabtu, 26 September 2009



cumi kesayangan girls

its OK

kepada semua yang terlibat dalam menyumbangkan catatan dalam blogs ini, terimakasih. kamu semua dialu-alukan untuk memeriahkan lagi blogs ini

Selasa, 22 September 2009

selamat hari raya

selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali kami. Maaf zahir dan batin, kami mempersilakan semuanya datang kerumah bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan kita.

untuk semua yang mengenali kami

untuk semua anak-anak,cucu-cucu juga saudara yang jauh juga dekat yang mengenali keluarga 80 lorong melati LBJ dipersilakan untuk melayari seterusnya menjadi ahli blogs ini. blog ini saya terbitkan untuk merapatkan lagi hubungan sesama kita, juga untuk mengetahui perkembangan terbaru keluarga kami