Ahad, 27 September 2009

salam syawal

assalammualaikum..

salam aidilfitri, terima kasih kepada semua keluarga yang telah menghadirkan diri pada jamuan
hari raya di Ampang pada Jumaat 25 september 2009. ianya sungguh meriah dan amat bermakna pada semua setelah sekian lama tidak dapat berkumpul bersama-sama. walaupun masih ada yang tidak dapat bersama mungkin kerana sibuk dengan tugas masing2 tetapi yang pasti pertemuan kali ini dianggap berjaya menyambung kembali silaturrahim antara kita semua yang lama terpisah.

pada pertemuan kali ini terlalu banyak cerita yang ingin kita semua kongsi bersama. hingga kita lupa masa terus berlalu..terlalu cepat rasanya waktu berjalan hingga tanpa disedari jam telah menunjukkan angka 3 pagi... seolah masa begitu mencemburui kita..

semoga pertemuan ini tidak berakhir di sini... dan diharap pada masa2 akan datang kita dapat meraikan bukan saja syawal tapi apa saja aktiviti2 keluarga bersama-sama. syukur kepada Allah SWT kerana menemukan kita pada syawal yang mulia ini....

akhir kata salam sayang untuk semua sanak saudara walau di mana saja berada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.