Ahad, 27 September 2009
Seminggu Syawal berlalu.....
Selamat kembali semula kepada semua yang balik kepusat pengajian masing-masing. Khasnya kepada ahli-ahli dan penyumbang laman blogs ini , teruskan perjuangan kamu semua. Kepada yang akan menduduki peperiksaan penting, buat yang terbaik. Kepada yang kembali bertugas, teruskan usaha anda semua. Semoga sukses selalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semua dah back to business.
BalasPadamAhad 27/9/09 jam 12.00 tengahari, Diana naik bas mayang Sari di Stadium Bukit Jalil untuk bertolak ke MRSM Pontian. Jam 1.00 tengahari, Nadia bertolak ke Uniten Muadzam naik kereta bersama rakan-rakan. Jam 3.30 petang hantar Hakim ke SMA Rawang diikuti Syafiq ke SMT Kajang jam 4.30 petang. Jalanraya ok, tak jem sangat.
Diana bagitau dia sampai jam 5.00 petang. Ada spot check kat pagar sekolah dan dia kena surrender handset. Tapi, bukanlah jadi masalah besar kerana handset itu disimpan oleh Warden. Diana smart sikit, dia sempat smuggle sim card dia dan boleh diguna dengan handset kawan dia yang terlepas pemeriksaan.
Nadia sampai lewat, sekitar jam 7.00 petang. Sempat dia singgah beraya di rumah kawan dia di Temerloh.
Hakim nampak relaks je. Dia nak exam PMR dua minggu lagi. Belum lagi decide nak continue tingkatan 4 di SMA sama atau masuk SMT. Dia minat komputer, ingat nak suruh dia ambil Kejuruteraan Eletrik di SMT sebelum buat Sains Komputer di peringkat IPT.
Syafiq, macam biasa, ada emotional sikit, especially dengan mak dia. Hari Sabtu ni 3/10/09 dia ada majlis graduasi di sebuah hotel di Kajang. Parents kena attend. Sebulan lagi dia nak exam SPM. Dah janji dengan dia kalau dapat masuk IPTA tahun depan, dia akan dapat hadiah motor Yamaha LC135 untuk guna dalam kampus. Semangat jugak dia.
Sama-samalah kita doakan Hakim dan Syafiq dapat do well dalam exam mereka. Juga anak-anak yang lain-lain tu kita doakan supaya excel dalam exam dan co-curricular di sekolah. They can do it.