Isnin, 28 September 2009

Visit Oleh Orang Sabah

Semalam 28/9/09 jam 2.30 petang hujan lebat di Gombak. Tak lama kemudian 5 orang meluru masuk ke kedai kami di Taman Samudera. Tak terkejut sebab mereka dah inform nak datang.

Pak Lang Harun, Hana, Hibri, Syafiqa dan kawan Hana (Hasan?). Kami berborak panjang, sekitar 1 jam di dalam kedai, sambil makan moist cake dan minum kopi ginseng. Tak bawak mereka ke rumah sebab Kak Ida mula puasa enam dan sedaranya pula nak datang pada masa yang sama. Ajak mereka makan tengahari kat restoren tapi mereka kata baru saja lunch kat KL.

Terkejut tengok Syafiqah yang besar, tinggi.... berbanding Hana. Check up dia di IJN khabarnya o.k. Harap dia recover sepenuhnya.

Kereta Hana robek sikit bumpernya. Katanya terlanggar bonggol, tak tau pulak siapa yang bawak. Mungkin dah repair kat Batu Caves sebelum mereka bertolak ke rumah Pak Ngah di Ampang.

Hibri ada ura-ura nak join direct-selling DCHL yang promote aromatheraphy. Yuran jadi ahli sekitar RM2,000 (mak oi mahal eh!). Dah kasi taklimt kat dia tentang program syarikat itu yang mirip skim piramid. Dalilnya : (1) Yuran keahlian LEBIH daripada RM100 (2) Produk WAJIB ambil semasa sign-up jadi ahli. (3) Orang bawah TAK BOLEH potong orang atas (4) Income berdasarkan penajaan ahli baru dan BUKAN pergerakan produk. Program seumpamanya ialah Hai-O yang pakai loan bank (untuk modal besar, macam Shakley buat satu masa dulu). Inilah dia SKIM CEPAT KAYA. Tapi, Hibri janji nak bawak orang tu jumpa kami sebelum dia buat decision. taulah kami belasah nanti.....

Pak Lang Harun ada tanya bila kami nak ke Kota Kinabalu. Insya Allah, satu masa nanti akan sampai juga ke sana. La ni ada banyak kerja sikit, lagi pun kami sedang fight untuk besarkan group di Pahang dan Selangor. Nanti bila Busu Halim re-join CNI, lagi banyaklah kerja nak buat. Hana pun janji nak gerak balik CNI di Putrajaya.

Pertemuan singkat ini sungguh seronok dan bermakna. Selamat berangkat pulang dan kirim salam kat Kak Naemah di KK.

1 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.