Sabtu, 10 Oktober 2009

Jemputan Ke-Majlis Sambutan Aidil Fitri 2009 - Bestnya Raya

GOMBAK 11 Okt. - Satu majlis sambutan Aidil Fitri 2009 bertemakan Bestnya Raya akan berlangsung di Stokis CNI Batu Caves, Taman Samudera pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009 bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 malam.

Majlis ini diadakan untuk meraikan kaum kerabat, saudara-mara, jiran-jiran, para pelanggan, usahawan-usahawan serta rakan-rakan kongsi perniagaan.

Menurut Pengendali Stokis CNI Batu Caves, Pn. Rohaidah Ramli, tujuan acara ini adalah untuk mengeratkan tali siraturrahim serta menghargai kehadiran para jemputan. Di antara acara yang disusun, katanya, termasuklah ucapan oleh pengarah syarikat CNI, game show dan hiburan oleh artis-artis jemputan.

"Pada malam itu, kita akan memberi hadiah kepada 4 orang hadirin yang terpilih memenangi pakaian teranggun dan tersegak untuk kategori dewasa dan kanak-kanak, lelaki dan perempuan", tambah beliau. Selain daripada itu, difahamkan buah tangan istimewa juga akan diberikan kepada kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang dibentuk oleh pemimpin-pemimpin usahawan sekitar Gombak. Mereka mengalu-alukan kehadiran semua pelanggan, sanak-saudara , sahabat handai serta sesiapa saja ke majlis rumah terbuka ini. "Datang! Jangan tak datang!", ujar mereka lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.