Khamis, 1 Oktober 2009

muslim sejati

Sudah 14 syawal, bermakna kita menyambut hari raya yang ke 15 esok. Suasana hari raya masih terasa. kegembiraan anak2 masih jelas ketara dengan menziarahi rumah ke rumah apabila ada masa terluangnya. Rumah2 terbuka juga makin banyak kedengaran sampai ditelinga kita. Hari raya sebulan kata semua orang termasuk saya. Dalam rancangan TV juga masih ada sisa2 nya walau tidak sekerap mula raya. Mereka yang berkerja juga tidak melepaskan peluang bila tiba hujung minggu untuk meziarahi kawan-kawan. Persoalaannya kenapa pada bulan syawal sahaja kita berkunjung kerumah mereka dan tidak pada bulan-bulan lain?
Kemaafan dan silatulrahim harus kita jalinkan bukan hanya apabila tiba bulan syawal sahaja, tapi haruslah sepanjang hidup kita, bererti menziarahi mereka dan mengeratkan persaudaraan adalah menjadi tanggungjawab kita pada bila-bila masa. Cuba kita renungkan,Seorang muslim itu adalah bersaudara. Persaudaraan adalah menjadi tunggak seorang muslim. jika tiada persaudaraan maka mungkinkah kita muslim? Jika bukan muslim amal ibadat kita diterimakah olehNYA? Disini kami memohon kepada semua saudara2 kami yang yang mungkin kami kurang kenali atau tidak pernah bertemu langsung supaya dapat berhubung kembali agar persaudaraan kita dapat terjalin kembali sepertimana yang dituntut sebagai seorang MUSLIM yang sempurna. Akhirnya kami memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali kami dan terimalah ucapan selamat hari raya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.